BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

KERAJAAN KEDAH MELALUI 500 HARI DENGAN CEMERLANG

Oleh : IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR, 16 Ogos: Semalam cukup 500 hari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mentadbir negeri Kedah dan bagi meraikannya, satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Kira-kira 30,000 penyokong kerajaan negeri telah berhimpun malam tadi bagi meraikannya di dalam majlis ceramah yang disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Razak dan Ahli Parlimen PKR Machang, YB Saifudin Nasuition Ismail memberikan ucapan pada majlis yang penuh sejarah itu.

Azizan ketika berucap mengumumkan beberapa perkara penting kepada rakyat Kedah. Antaranya, soal pemilikan tanah yang sangat diminati oleh rakyat.

"Mulai sekarang, kerajaan akan memproses permohonan pemilikan tanah terhadap mereka yang meneroka tanah kerajaan selepas lima tahun bukan lagi selepas 10 tahun sebagaimana sebelum ini," umum Azizan.

Pemerosesan ini akan diuruskan jika mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, kata Azizan (gambar).

Kerajaan negeri juga, kata Azizan, akan menimbangkan permohonan penduduk jenerasi kedua kampung-kampung baru untuk mendapatkan geran ke atas tapak rumah kediaman mereka.

Dalam ucapannya, Azizan memberikan jaminan tidak akan mempertahankan mana-mana exco, wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah.

Azizan bertegas akan memastikan rekod kerajaan negeri Kedah pimpinannya terus bebas dari sebarang anasir rasuah.

Dalam tempoh 500 hari, pelbagai pancaroba dihadapi oleh kerajaan negeri Kedah namun ia berjaya dilalui dengan baik oleh beliau dan rakan-rakannya.

Isu tidak puashati pemimpin DAP Kedah terhadap perobohan pusat memproses daging babi berjaya diselesaikan oleh Azizan dan rakan-rakannya dengan baik.

Kedah juga sedang dalam proses untuk menerima projek besar iaitu Sungai Limau Hidrocarbon Hub (Sulihh) di Yan yang bakal dirasmikan upacara pecah tanahnya oleh Tuanku Sultan Kedah 29 September ini.

Projek ini dijangka menyelesaikan banyak masalah ekonomi Kedah kerana kerajaan negeri akan mendapat royaltu sehingga RM400 juta setahun melalui projek ini apabila berjalan kelak.

Festival Konvo UM anjur forum bincang Ekonomi Malaysia


Kuala Lumpur 13 Ogos - Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2009 akan menganjurkan forum yang antara lain membincangkan berkenaan ekonomi Malaysia.

(Wacana akan banyak berkisar tentang liberalisasi ekonomi negara yang sedang giat dilaksanakan di kepimpinan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak – pemansuhan MeCD, pengguguran syarat pegangan ekuiti bumiputera, liberalisasi sektor kewangan dan sebagainya)

Pengerusi – Saudara Zainulfaqar Yaacob
Hos Rancangan Kubik Minda TV PAS

Panelis- YB Dato’ Haji Husam Musa
Exco Kanan Kerajaan Kelantan
(Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan)

Co-Moderator-
Saudara Mohd Hilmi Ramli (Mantan Presiden PKPIM)
Saudara Wan Fadzrul Wan Bahrum (Wakil Malaysia Think Thank)
Saudara Mohd Hasbie Muda* (Presiden ECONS Malaysia)

Tarikh - 13 Ogos 2009 (8.30 malam – 11.30 malam)

Tempat - Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya


Sejak beberapa tahun lepas, Forum Ekonomi yang melibatkan tokoh-tokoh Negara menjadi acara penting bagi Universiti Malaya.

Terdahulu, FESKUM 2009 bermula sejak 6 hb Ogos lalu mengundang pelbagai kelainan berbanding tahun-tahun lepas dengan pelbagai aktiviti intelektual, dan hiburan yang bermanfaat.

Projek mega tersebut yang dikendalikan sepenuhnya dibawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)sesi 2008/2009.

KEDAH SEJAHTERA

RAKYAT BAHAGIA, KEDAH SEJAHTERA